Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Pesta Padawan 2014
bermula 20 Jun ini
Utusan Borneo Online: 2014-06-17
KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) akan mengadakan Pesta Padawan 2014 bermula 20 Jun di Bandar Baharu Batu Kawa di sini.
Menurut Pengerusi MPP Lo Khere Chiang, pesta akan dirasmikan Menteri Kewangan yang juga Menteri Kesihatan Awam dan Pembangunan Masyarakat Dato Sri Wong Soon Koh.
“Terdapat 30 gerai yang akan menyertai dan memeriahkan lagi suasana dengan pelbagai jenis jualan yang akan berlangsung dengan susunan enam acara,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Kota Padawan semalam.
Tambah beliau, penganjuran pesta berkenaan adalah bagi merapatkan jalinan silaturahim di kalangan kakitangan majlis selain menyediakan medium untuk menggembirakan para pelanggannya di sini.
Lo menghargai sumbangan pihak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menaja acara berkenaan.
“Kami juga mahu merapatkan diri dengan para pelanggan dan melalui penyusunan acara seperti ini maka rakyat tahu dengan lebih dekat peranan dan perkhidmatan yang ditawarkan MPP kepada mereka,” tegasnya.
Kemasukan adalah percuma kepada orang ramai dan setiap malam akan diadakan persembahan bagi tontonan awam.
Pengerusi penganjur Ahli Majlis Richard Kian Hua turut hadir pada majlis berkenaan.

No comments:
Post a Comment