21 June 2014

Pesta Padawan 2014 akan tampil kelainan berbanding sebelum ini


Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Pesta Padawan 2014 akan tampil kelainan berbanding sebelum ini

% 2014-06-20
KUCHING: Pesta Padawan 2014 yang akan bermula 20 Jun hingga 19 Julai ini akan menampil kelainan
berbanding pesta diadakan pada tahun-tahun sebelumnya. 
 
Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang berkata kali ini Pameran Landskap Mini akan diadakan selain memfokus kepada sajian etnik tempatan seperti ‘ayam pansoh’, daun ubi kayu dan nasi dimasak di dalam buluh. 

“Tahun ini adalah kali ke-18 Pesta Padawan diadakan. 

“Kami (MPP) akan membawa kelainan, antaranya memperuntukkan satu kawasan kecil untuk pameran landskap. 

“Selain itu, kami akan memberi penekanan kepada makanan etnik tempatan daripada kaum Bidayuh, Iban, India, Cina dan Melayu,” katanya pada sidang media di sini kelmarin. 

Lo memberitahu, kira-kira 100 gerai akan mengambil bahagian pada Pesta Padawan tahun ini, 30 daripadanya dikhaskan untuk menjual makanan, permainan dan pameran perdagangan. 


Pada masa sama Lo yakin Pesta Padawan mampu menjadi antara produk pelancongan yang baik di negeri ini walaupun ia tidak setanding Pesta Kuching. 

“Penduduk bandar boleh membawa rakan-rakan dan pelancong mencuba makanan masyarakat tempatan. 

“Walaupun tidak hebat tetapi kami percaya Pesta Padawan akan memberi pengalaman istimewa kepada pengunjung,” katanya. 

Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai akan memberi sokongan kepada Pesta Padawan tahun ini dan kali ini penganjur menjangka purata pengunjung sehari ialah 2,000 hingga 3,000 sambil menambah kira- kira 90,000 orang mengunjungi pesta itu. 

Sementara itu, Timbalan Pengerusi MPP Dr Zaiedi Suhaili berkata Pesta Padawan cara yang baik untuk mempromosikan perpaduan pelbagai kaum di negeri ini. 

“Orang Islam juga boleh berbuka puasa semasa bulan Ramadan di Pesta Padawan kerana terdapat gerai yang menjual makanan halal,” katanya. 

Pesta Padawan 2014 dijadual dirasmikan Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat Dato Sri Wong Soon Koh hari ini (20 Jun 2014).

No comments:

Post a Comment