Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Sikap penjaja tidak
hargai peluang berniaga di MPP amat dikesali
2014-05-22
KUCHING: Sikap segelintir penjaja yang tidak menghargai peluang berniaga di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Padawan (MPP) amat dikesali.
Pengerusinya Lo Khere Chiang berkata bagi menghargai peluang diberikan, penjaja terbabit seharusnya tahu tanggungjawab mereka iaitu memastikan lokasi berniaga tidak menimbulkan masalah kepada orang ramai serta mementingkan aspek kebersihan.
Menurutnya, MPP berdepan masalah menempatkan penjaja terutama pada hujung minggu, memasarkan pelbagai produk di beberapa kawasan seperti pekan Siburan, Bandar Baharu Batu Kawa (MJC), Kota Padawan dan Kota Sentosa.
“Kami menyedari ruang untuk penjaja khususnya pada hujung minggu selalunya tidak cukup terutama di pekan Batu 10, tetapi buat masa ini tiada cadangan untuk membuka kawasan baharu.
“Alasannya kami tidak mahu mewujudkan situasi sama. Kalau lebih banyak ruang disediakan semakin ramai penjaja akan datang kerana permintaan yang baik daripada pengguna,” katanya ketika dihubungi di sini kelmarin.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kebanjiran penjaja di pekan Kota Padawan setiap hujung minggu sehingga menyebabkan ada yang berniaga di bahu jalan sekitar pasar basah di situ.
Lo menambah, pihaknya tidak akan menghalau penjaja yang berniaga di bahu jalan selagi mereka tidak menimbulkan masalah kepada pengguna jalan raya dan menjaga kebersihan.
Malah, beliau mengakui pasar Dayak di Kota Padawan mempunyai identitinya tersendiri kerana memasarkan pelbagai produk termasuk hasil hutan yang jarang ditemui di tempat lain sekitar bandar raya ini.
Beliau turut mengakui ia berpotensi menjadi salah satu produk pelancongan di kawasan MPP, justeru kebanjiran penjaja di kawasan itu dilihat sebagai perkembangan positif.
“Namun, setiap penjaja mesti ada semangat kesukarelaan iaitu membersihkan tapak berjaja selepas selesai berniaga tanpa bergantung sepenuhnya kepada pihak majlis dan mementingkan aspek keselamatan orang ramai.
“Ini sudah cukup sebagai menghargai peluang yang diberikan kepada mereka untuk mencari rezeki,” katanya.

No comments:
Post a Comment