Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » MPP anjur Pesta
Padawan di MJC 20 Jun hingga 19 Julai
Utusan Borneo Online: 2014-05-27
KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) akan menganjurkan Pesta Padawan 2014 di Bandar Baharu Batu Kawa (MJC) di sini dari 20 Jun sehingga 19 Julai.
Menurut Pengerusi MPP Lo Khere Chiang, pesta yang memasuki edisi penganjuran kali ke-17 itu akan dibuka setiap malam dari jam 6 petang hingga 11.30 malam.
“Objektif Pesta Padawan adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara majlis dengan penduduk yang tinggal di sekitar kawasan seliaan MPP selain menggalakkan penglibatan masyarakat terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh majlis.
“Majlis berharap akan menarik penglibatan keseluruhan masyarakat pada pesta ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Bulanan MPP di sini, semalam.
Pesta Padawan merangkumi pesta makanan, dagangan, hiburan serta persembahan pentas. Sebanyak 40 gerai yang menjual pelbagai jenis makanan juga akan dibuka di mana ia dijangka menampilkan hidangan tradisional dari kaum Cina, Melayu, Dayak dan sebagainya.
Dalam pada itu, Lo berkata majlis perasmian pesta akan diadakan pada 20 Jun bermula jam 7.30 malam dengan disempurnakan oleh Menteri Kerajaan Tempatan Dato Sri Wong Soon Koh.
“Orang ramai dijemput hadir di sepanjang Pesta Padawan 2014 berlangsung dan kemasukan adalah percuma,” katanya.
Turut hadir Timbalan Pe-ngerusi MPP Dr Zaiedi Suhaili, Setiausaha MPP Michael Saweng, Pengurus Projek Pesta Padawan 2014 KL Lim dan Pengurus Acara Pesta Padawan 2014 Annie Yap.

No comments:
Post a Comment