CONNIE CHIENG
KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang maju pihak Kerajaan Persekutuan melihat sendiri keadaan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Tadika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Batu Kitang yang memerlukan bantuan.
Beliau memaklumkan bahawa tapak Tadika itu milik Kerajaan Persekutuan tetapi penyelenggaraan sekolah diserahkan kepada kerajaan Sarawak, manakala pendidikan pula di bawah Kerajaan Persekutuan.
“Pihak sekolah sedang membina gazebo, tempat menunggu bagi ibu bapa apabila mengambil anak, pada masa sama mengecat semula pagar sekolah.
“Kerajaan Persekutuan mendapat banyak manfaat daripada minyak dan gas Sarawak tetapi memberikan kembali lina peratus daripada cukai jualan sahaja,” katanya.
Lo berkata sedemikian pada majlis penyerahan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) di Tadika Kemas Kampung Tematu di sini semalam.
Beliau berkata, sebab itulah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini, rakyat perlu memastikan mereka mengundi calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk menang semua 31 kerusi supaya suara lantang mewakili rakyat di Parlimen.
“Kita mempunyai 31 kerusi dan Sabah 25 kerusi dan jika kita bergabung dan menang semua, kita boleh menuntut kembali autonomi pendidikan dan kesihatan, “ katanya.
Beliau berkata, rakyat Sarawak mesti bijak dan bersatu hati jika mahu menuntut sesuatu dari Kerajaan Persekutuan.
Katanya, dengan kemenangan besar, rakyat boleh menyuarakan keluhan dan menuntut apa yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan juga boleh meminta cukai jualan sebanyak 15 peratus.
Projek RTP itu menelan belanja sebanyak RM30,000 yang akan siap dalam tempoh tiga bulan.
Lo turut menyaksikan penyerahan projek dari Majlis Perbandaran Padawan (MPP) kepada kontraktor yang dilantik untuk menyiapkan projek berkenaan.
https://www.utusansarawak.com.my/?p=36033
No comments:
Post a Comment