MPP senarai hitam kontraktor tidak berprestasi baik
KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) mengambil tindakan tegas dengan menyenarai hitam para kontraktor yang tidak berprestasi baik dalam melaksanakan projek.
Pengerusinya Lo Khere Chiang berkata, tindakan itu penting bagi memastikan semua kontraktor yang diberikan projek menyiapkannya mengikut jadual serta mempunyai kualiti kerja yang baik.
“Setakat ini hanya sebanyak dua peratus daripada keseluruhan kontraktor yang melaksanakan projek di bawah MPP telah kita senarai hitam.
“Ini bermakna mereka tidak boleh mendapatkan tender projek MPP untuk tempoh dua tahun,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan Projek Padang Bola Sepak Kampung Tematu, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, katanya pada tahun ini lebih 260 projek dengan peruntukan sejumlah RM30 juta dilaksanakan di bawah MPP merangkumi enam kawasan Dun (Batu Kitang, Batu Kawa, Kota Sentosa, Mambong, Tupong dan Satok) serta tiga Parlimen (Stampin, Puncak Borneo dan Petra Jaya).
No comments:
Post a Comment