Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » MPP gesa JKR bina
jambatan sementara ganti yang runtuh
2015-03-04
KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) menyeru Jabatan Kerja Raya (JKR) membina jambatan sementara bagi menggantikan yang runtuh berhampiran Kampung Annah Rais di Jalan Puncak Borneo di sini, semalam.
Bercakap kepada pemberita pada sambutan Tahun Baharu Cina MPP, Pengerusinya Lo Khere Chiang melahirkan harapan agar JKR dapat mewujudkan jambatan Bailey sementara menunggu struktur kekal dibina.
Beliau turut berpendapat, lori itu tidak harus dipersalahkan sepenuhnya kerana tiba masanya jambatan itu digantikan dengan yang baharu.
“Sejak lebih 30 tahun lalu, banyak kenderaan sedemikian melalui jambatan itu tanpa sebarang masalah.
“Punca utama runtuhan itu adalah lapisan asas kian lemah berikutan hujan baru-baru ini,” katanya.
Jambatan merentasi Sungai Piin Bireh runtuh pada pagi Isnin ketika lori seberat lima tan melaluinya sekali gus mengakibatkan lima kampung iaitu Kampung Sadir, Kampung Simuti, Kampung Sibuang dan Kampung Sibakar terputus hubungan.
Penduduk kampung bagaimanapun, boleh menolak motosikal merentasi sungai sekiranya paras air sungai berada di tahap rendah manakala kereta pula terpaksa ditinggalkan di tepi jalan sementara penumpangnya berjalan kaki menyeberang sungai.
“Kos jambatan baharu boleh mencecah setengah juta ringgit dan boleh bertahan antara 20 hingga 50 tahun jika keadaannya baik, tanpa hujan lebat berlebihan yang menjurus kepada kegagalan lapisan asas,” katanya.
Terdahulu Lo memberitahu berdasarkan pengalamannya selama lima tahun sebagai pengerusi MPP, ketua bahagian dan seksyen serta kakitangan sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.
“Selain tugas-tugas lazim, kita juga melaksanakan program-program seperti Bandar Selamat, di mana kita bekerjasama dengan polis bagi mengurangkan kes jenayah di Padawan,” katanya.
Pihak majlis turut berusaha menangani masalah miskin tegar di kawasan MPP serta menurap jalan raya di kawasan kampung dan perumahan pada 2014.
“Resident Counsellorship System (sistem penyampaian perkhidmatan majlis kepada seluruh penduduk) turut diterima ramai.
“Dalam kesemua mesyuarat termasuk mesyuarat penuh, ahli majlis kita telah memberi sumbangan secara efektif,” katanya.
Lo menambah, tahun ini bermula dengan pelbagai cabaran memandangkan Padawan terpaksa berhadapan dengan banjir, tanah runtuh dan baru-baru ini, jambatan runtuh.
“Kami akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa yang relevan untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya.
Hadir sama, pengerusi penganjur sambutan itu Wilfred Yap, Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Ng Ah Lek, ahli-ahli majlis, ketua-ketua masyarakat dan penghuni Sarawak Cheshire Home.

No comments:
Post a Comment