PRU-15: Lo Khere Chiang bersama keluarga mengundi di SK Garland
KUCHING, 19 Nov: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Lo Khere Chiang turun membuang undi di Pusat Mengundi Sekolah Rendah Kebangsaan (SK) Garland di sini, jam 10:05 pagi tadi.
Menurut Lo, beliau ditemani oleh ahli keluarganya yang turut membuang undi di pusat mengundi yang sama.
Pusat mengundi SK Garland dibuka pada jam 7:30 pagi, terdapat sembilan saluran di pusat mengundi ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia turut menempatkan pegawai kesihatan di pusat mengundi bagi membantu proses individu positif COVID-19 menunaikan tanggungjawab undi mereka.
Kerusi Parlimen Stampin meyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Chong Chieng Jen dari parti DAP, Lo dari SUPP dan Lue Cheng Hing dari Parti Sarawak Bersatu (PSB).
Lo Khere Chiang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang dan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP). – TVS
No comments:
Post a Comment