04 January 2022

Dewan serbaguna dijangka siap April depan

Dewan serbaguna dijangka siap April depan

PELAN… Lo Khere Chiang bersama yang lain menunjukkan isyarat bagus bagi pelan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua Batu 8 ½ Jalan Batu Kitang, Kuching. • Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Projek menaik taraf gelanggang bola keranjang kepada dewan serbaguna di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Batu 8 ½ dijangka siap pada April depan.

Pemenang kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang berkata, projek tersebut menggunakan dana sebanyak RM150,000.

“Jumlah pelajar di sekolah ini semakin bertambah dan ruangan di sekolah ini tidak mencukupi untuk menampung jumlah pelajar yang semkain ramai.

“Justeru, kita melaksanakan projek naik taraf gelanggang bola keranjang ini untuk dijadikan dewan serbaguna agar dapat digunakan sebagai bilik darjah tambahan sekiranya bilik darjah tidak mencukupi,” jelasnya yang turut mendedahkan pelaksanaan projek tersebut dimulakan sejak semalam.

Beliau berkata demikian pada majlis simbolik penyerahan projek kepada pihak kontraktor di hadapan SJKC Chung Hua Batu 8 ½, di sini, semalam.

Dalam perkembangan lain, Lo yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) memberitahu MPP kini telah bersiap siaga bagi menghadapi bencana banjir.

“Kita mempunyai sebuah organisasi yang diketuai oleh Pejabat Residen yang akan bertanggungjawab dan dibantu oleh pelbagai agensi bertanggungjawab lain dalam menghadapi bencana banjir terutamanya bagi menyediakan Pusat Penempatan Sementara (PPS) kepada rakyat yang terjejas akibat banjir.

“Bencana banjir bukan suatu perkara yang baharu dan semua pihak berwajib termasuk Ketua Kaum dan Ketua Kampung sudah sedia maklum peranan masing-masing sekiranya berlaku banjir,” ujarnya.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

https://www.utusansarawak.com.my/?p=28583

No comments:

Post a Comment