01 May 2021

Lo: Kajian semula dasar Perintah Gaji Minimum 2020 langkah baik bela nasib pekerja

Lo: Kajian semula dasar Perintah Gaji Minimum 2020 langkah baik bela nasib pekerja

Kelihatan Lo Khere Chiang berbual dengan pemilik rumah Bedah Seman yang dibantu menerusi Program Pembaikan Rumah Rakyat Termiskin di Kampung Lidah Tanah, Kuching.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.

KUCHING, 1 Mei: Usaha kerajaan persekutuan untuk mengkaji semula dasar Perintah Gaji Minimum 2020 sesuatu langkah yang baik dalam memastikan ia kekal relevan dengan keadaan sosioekonomi semasa negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kitang Lo Khere Chiang berkata, keprihatinan kerajaan itu bukan sahaja dapat membela nasib golongan perkerja tetapi juga membantu dalam membaiki tahap pendapatan rakyat.

Namum begitu, katanya, tumpuan juga perlu diberikan kepada usaha mengurang beban yang ditanggung rakyat ketika berhadapan dengan situasi mencabar seperti pandemik Covid-19 ketika ini.


“Antara langkah tersebut adalah dengan memberikan insentif pengurangan cukai seperti cukai pendapatan dan cukai korporat kepada individu serta syarikat atau majikan terlibat.

“Cara ini seterusnya akan dapat memberikan manfaat kepada kedua belah pihak dan secara tidak langsung mengekalkan kelansungan mereka yang terlibat,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan projek pembaikan rumah di Kampung Lidah Tanah di sini hari ini.

Beliau berkata, inisiatif yang dipelopori Sarawak dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam meberikan pelbagai bantuan termasuk pemberian diskaun terhadap bil-bil utiliti banyak membantu dalam mengurangkan beban rakyat di negeri terbabit.

Keadaan ini katanya, membolehkan penduduk di Sarawak mempunyai wang atau tabungan lebihan yang boleh digunakan untuk tujuan lain seperti perubatan, pendidikan anak-anak dan sebagainya.

“Namun demikian, pada penghujungnya kita haru memberikan ransangan untuk rakyat terus melakukan perkerjaan mereka dan berikan mereka pendidikan serta latihan yang bagus, sebab itu saya mengesa kerajaan persekutuan sebelum ini untuk mengembalikan autonomi dalam bidang pendidikan dan Kesihatan kepada kita (Kerajaan Sarawak),” katanya.

Tambah Khere Chiang, dengan menaikkan nilai gaji minimum sahaja tidak mencukupi jika ia tidak disertakan dengan asas pendidikan dab kemahiran berkaitan untuk memenuhi pasaran perkerjaan semasa.

Mengambil contoh Singapura beliau berkata, negara berkenaan berupaya maju lebih jauh berbanding Malaysia kerana ia mementing asas pendidikkan yang memberikan ilmu serta kemahiran yang diperlukan dalam pasaran perkerjaan di negara berkenaan.

Katanya, jika inisatif gaji minimum ditambah baik, pasaran kerjaya di negara ini pastinya berupaya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dan keperluan semasa.

Golongan terlibat khususnya sektor korporat tidak perlu bimbang kerana pemintaan dalam pasaran turut akan meningkat selari dengan perkembangan semasa ekonoomi negara yang memerlukan lenih ramai tenaga mahir dan separuh mahir.

“Perintah Gaji Minimun direka dan dilaksanakan oleh kerajaan bagi melindungi dan membantu mereka yang kurang berkemampuan atau kemahiran dari segi pendidikkan.

“Namum dengan ransangan dan latihan yang bersesuaian mereka (perkerja) ini berupaya membolehkan organisasi korporat ditempat mereka berkerja untuk lebih berdaya saing dan mampu menyesuaikan diri dengan kehendak pasaran semasa,” katanya. — DayakDaily


https://dayakdaily.com/lo-kajian-semula-dasar-perintah-gaji-minimum-2020-langkah-baik-bela-nasib-pekerja/

No comments:

Post a Comment